Saturday, August 1, 2020

Pengorbanan

Aku menarik nafas panjang.

"Bismillahi tawakkaltu ala Allah"

Bagaimanakah caranya untuk aku menikahi Saleha? Aku merasakan bagaikan langit ingin sahaja runtuh untuk menghempap dadaku. Terlalu banyak sangat pertanda yang hadir agar aku menikahi Saleha. Adakah ini suatu pengorbanan yang harus dipersembahkan kepada Tuhan?


Dada aku terasa sempit, setiap kali aku menghadap isteriku. Bagaikan tiada lagi harum pada bunga mawar, tiada lagi "chemistry" dalam perkahwinan. Namun, aku tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai suami. Memberikan nafkah zahir dan batin, mendidik anak anak. Aku cuba mempertahankan institusi keluarga "bahagia".


"Ustaz, termenung jauh tu...Rindu anak isteri ke?"


Rantaian fikiran aku dicelah oleh seorang pegawai haji dari Syarikat Aura Haji and Umrah services.


"Biasalah, siapa tak rindu keluarga kan. Cuma amanah sebagai mutawif Haji ini harus diteruskan. Buat kerje agama ini perlukan banyak pengorbanan", aku membalas. 


Aku merenung kembali ke arah kaabah. Bertapa munafiknya diri aku ini. Pakaian "Ustaz" yang aku sarungkan telah memakan diriku. Aku bagaikan hilang diriku sendiri. Ruh dan Jasad aku bagaikan bercerai, ibarat akal ingin pertahankan maruah dan "pangkat" sebagai seorang agamawan yang dihormati ramai tetapi hati ingin sahaja meleburkan segala pakaian dunya yang menyepiti dada.


Aku menunaikan solat istikharah buat kali terakhir, agar diberikan keyakinan dan ketetapan hati. 

"Ya Allah, sekiranya menikahi Saleha ini baik, maka permudahkanlah. Tetapi jika ia sesuatu yang tidak baik, maka jauhkan lah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib(masa yang akan datang)." 

Tiba tiba berlalu seorang lelaki tua berteriak kepada anaknya di hadapan aku, 

"Perkara yang baik tidak patut dilambat lambat kan!!!" 


Teriakkan lelaki tua itu bagaikan menjawab persoalan yang berlinggar di hatiku. Ia bagaikan memberi ketetapan hati agar aku bersegera bernikah dengan Saleha.Tetapi beberapa soalan yang dibangkitkan oleh akal fikiranku. 


Apakah patut aku nikahi secara rahsia demi mempertahankan maruah diriku dan maruah Saleha? Haruskah aku mencarik "loopholes" dalam hukum Shariah Islam agar dapat aku nikahi tanpa pengetahuan isteri dan keluarga aku? Kuatkah diriku ini untuk melayan wartawan wartawan ala mak cik bawang sekiranya pernikahan aku bersama Saleha diketahui?

Sekiranya aku nikahi, bagaimana pula dengan nafkah anak dan isteriku? 

Patutkah aku menceraikan isteriku sekiranya aku gagal memberikan nafkah yang mencukupi? 

Bagaimana pula jika isteri aku tidak redha dengan pernikahan aku dan Saleha? 

Patutkah aku menceraikannya, dengan kemungkinan isteri aku akan mendapat suami yang lebih baik dari aku? 

Aku menarik nafas panjang.

"Bismillahi tawakkaltu ala Allah"