Monday, July 1, 2013

Sang Nila Utama


sang utama buang segala benda
tetapi ribut tak mahu diam juga
dalam keadaan ia berputus asa
akhirnya seorang lelaki bersuara

"wahai yang berketurunan raja"
"bukan di sini tuk menunjuk kuasa"
"apa gunanya mahkota di kepala"
"kerna ribut bukan sepeerti berhala"

setelah dengar apa yang dikata
ke ombak laut dibuang mahkota
tapi keadaan tetap masih sama
ribut dan taufan tak mahu reda

kerna mahkota tanda kuasa raja
kini kelihatan sepeerti orang biasa
dengan penuh kemarahan di dada
pada lelaki tadi sang utama bertanya

"siapakah diri engkau wahai celaka"
"katamu tak menyelamatkan nyawa"
"mahkota sudah pun buang ke sana"
"tapi ribut berhenti kelihatan tiada"

walau lelaki itu orang biasa
tetapi ilmunya penuh di dada
dia menghampiri sang utama
lalu dia balas dengan berkata

"apa guna beralih mahkota di kepala"
"kalau diri masih mahu digelar raja"
"walau timur barat engkau berkuasa"
"tapi langit dan bumi Dia yamg punya"