Saturday, August 1, 2020

Pengorbanan

Aku menarik nafas panjang.

"Bismillahi tawakkaltu ala Allah"

Bagaimanakah caranya untuk aku menikahi Saleha? Aku merasakan bagaikan langit ingin sahaja runtuh untuk menghempap dadaku. Terlalu banyak sangat pertanda yang hadir agar aku menikahi Saleha. Adakah ini suatu pengorbanan yang harus dipersembahkan kepada Tuhan?


Dada aku terasa sempit, setiap kali aku menghadap isteriku. Bagaikan tiada lagi harum pada bunga mawar, tiada lagi "chemistry" dalam perkahwinan. Namun, aku tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai suami. Memberikan nafkah zahir dan batin, mendidik anak anak. Aku cuba mempertahankan institusi keluarga "bahagia".


"Ustaz, termenung jauh tu...Rindu anak isteri ke?"


Rantaian fikiran aku dicelah oleh seorang pegawai haji dari Syarikat Aura Haji and Umrah services.


"Biasalah, siapa tak rindu keluarga kan. Cuma amanah sebagai mutawif Haji ini harus diteruskan. Buat kerje agama ini perlukan banyak pengorbanan", aku membalas. 


Aku merenung kembali ke arah kaabah. Bertapa munafiknya diri aku ini. Pakaian "Ustaz" yang aku sarungkan telah memakan diriku. Aku bagaikan hilang diriku sendiri. Ruh dan Jasad aku bagaikan bercerai, ibarat akal ingin pertahankan maruah dan "pangkat" sebagai seorang agamawan yang dihormati ramai tetapi hati ingin sahaja meleburkan segala pakaian dunya yang menyepiti dada.


Aku menunaikan solat istikharah buat kali terakhir, agar diberikan keyakinan dan ketetapan hati. 

"Ya Allah, sekiranya menikahi Saleha ini baik, maka permudahkanlah. Tetapi jika ia sesuatu yang tidak baik, maka jauhkan lah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib(masa yang akan datang)." 

Tiba tiba berlalu seorang lelaki tua berteriak kepada anaknya di hadapan aku, 

"Perkara yang baik tidak patut dilambat lambat kan!!!" 


Teriakkan lelaki tua itu bagaikan menjawab persoalan yang berlinggar di hatiku. Ia bagaikan memberi ketetapan hati agar aku bersegera bernikah dengan Saleha.Tetapi beberapa soalan yang dibangkitkan oleh akal fikiranku. 


Apakah patut aku nikahi secara rahsia demi mempertahankan maruah diriku dan maruah Saleha? Haruskah aku mencarik "loopholes" dalam hukum Shariah Islam agar dapat aku nikahi tanpa pengetahuan isteri dan keluarga aku? Kuatkah diriku ini untuk melayan wartawan wartawan ala mak cik bawang sekiranya pernikahan aku bersama Saleha diketahui?

Sekiranya aku nikahi, bagaimana pula dengan nafkah anak dan isteriku? 

Patutkah aku menceraikan isteriku sekiranya aku gagal memberikan nafkah yang mencukupi? 

Bagaimana pula jika isteri aku tidak redha dengan pernikahan aku dan Saleha? 

Patutkah aku menceraikannya, dengan kemungkinan isteri aku akan mendapat suami yang lebih baik dari aku? 

Aku menarik nafas panjang.

"Bismillahi tawakkaltu ala Allah"

Wednesday, June 3, 2020

Adi Putera

Hang Kasturi datang menghadap aku. Dia bermohon agar diberikan ijazah sebagai Sang Guru. Kononnya beliau sudah melalui tingkatan-tingkatan nafsu.

Berkata Kasturi, "Wahai Tuan Guru, hamba ingin melangkah setapak satu."

Aku menolak permintaan itu. Walaupun beliau pandai bertumbuk dan bersiku, tetapi memberi tunjuk beliau tidak mampu.

Berkata Kasturi, "Wahai Guru, aku telah melalui tingkatan nafsu. Aku juga mampu bicara SATU."

Aku kemudian bertitah di dalam kertas,

"Aku, Adi Putera menurunkan idzin kepada Hang Kasturi ijazah silat SAHAJA"

Hang Kasturi berasa gembira, sehelai kertas mengaburi segala. Sedangkan ijazah ini adalah isyarat bahawa beliau tidak akan menerima ijazah sebagai Sang Guru. 

Saturday, February 15, 2020

Kerna ikhlas ini Tuah naik tangga

Kerna ikhlas ini Tuah naik tangga
Kerna ikhlas juga Tuah jatuh pula

Ambil lah sebagai pelajaran bersama
Atas keikhlasan yang ada di dalam dada

Andai ke tali gantung sebagai hukuman
Tuah menerima nya dengan keikhlasan

Friday, February 14, 2020

Hang Tuah lari dari Istana

Hang Tuah lari dari Istana
Ke arah hutan dia ke sana
Buang pakaian khas diraja
"Aku ingin jadi rakyat biasa"

Aku mengejar Tuah perkasa
Ke hutan sana aku pula terpaksa
Demi memujuk Laksmana diraja
"wahai Tuah pulang lah ke istana"

Hang Tuah menjawab
"Usah engkau datang kemari"
"Aku tak akan jejak istana lagi"
"Aku bukan lagi anak sang sufi"
"Aku ahli zina sangatlah dibenci"

Aku menjawab
"Wahai Tuah yang dicari"
"Ramai menafi akan amal ini"
"Hingga jasad bermati tikam diri" 
"Demi menjaga silsilah ahlul sufi"

Hang Tuah menjawab
"Apa lagi engkau buat disini" 
"Engkau tahu kenyataan ini"
"Aku merogol dayang puteri"
"Untuk mengaku tidak sekali"

Aku menjawab
"Engkau adalah guru ahli sufi"
"Tempat rujukan mawar rohani" 
"Engkau berlari bukan ditakuti"
"Tetapi malu atas diri sendiri"

"Soal hati ini soal illahi"
"bermain antara dua jari"
"mungkin ramai akan pergi"
"yang setia hanya sorang diri"

"Yang maksum hanya pra Nabi"
"Kita pula hanya  sekadar wali"
"Tugas kita sebagai warisan Nabi"
"Bukan penentu takdir sejak azali"

"Si jahil merancang waktu sehari"
"Kita pula membaca makrifat illahi"
"Mari lah pulang menghadap hidup ini"
"Agama ini Tuhan yang akan menjagai"