Friday, October 21, 2016

Mansur Shah termenung lama

Mansur Shah termenung lama
Ingin dibunuh tengku mahkota
Tapi berat hati jatuh air mata
Anak sultan seri dewan istana
Lalu Mansur Shah menyeru
Diserunye penasehat istana
Semoga diri tidak lagi keliru
Oleh kemelut sebuah Cinta
Mansur tanya pada Tuah,
"Patutkah dibunuh beta"
"Itu tengku mahkota melaka"
"Hanya kerana sebuah cinta"
"Musibah apa ditimpa beta?"
Tuah menjawab soalan Sultan,
"Cinta itu adalah pengorbanan"
"Sepeerti Ibrahim bila tertekan"
"Saat datang mimpi dari tuhan"
"Ismail diganti pula dengan haiwan"
Lalu Tun Mamat menyampuk,
"Kisah Ibrahim itu pengorbanan"
"Itu datang daripada kisah Al Quran"
"Tapi Putri datang dari sebuah bisikan"
"Mungkin sahaja ia bisikan syaitan"