Walaupun harapan bunga cinta terkandas 'tuk perputik, dikau telah menjadi igauan ketika duka dan pilu. Bayangan hasrat yang terkubur tetapi ruh merayau bebas menghembuskan nafas kasih ke hatiku.
Tak ku ingat andai aku pernah mengikat janji. Cuma andai aku terkaram di neraka, adakah putus 'tuk daku menatap wajahmu seperti tercerainya aku menyambung kasih kerana pena yang menulis kisah kita terangkat.
Dikau hadir di paras wajahnya. "Divine". Dan perasaan ni 'dak hadir 'tika daku memandang raut makhluk makhluk yang dikau ukir dan lukis. Dan kadang ku jenaka dengan diri sendiri, "adakah wajah beliau yang disaksikan di syurga nanti".
Cinta ini telah "evolves". Bukan berubah tetapi membina. Bukan detik nadi cinta terhenti, tetapi cinta menjelma dengan bentuk yang baru. Baru itu tetap sama, bukan cinta yang lain. Bagai Qays tidak lagi meraung kesakitan kerana rindu. Tetapi menjadi laut yang tenang ketika ribut telah beredar.
Cinta itu adalah cahaya yang membutakan. Dan dengan cahaya itu aku mati dan hidup semula dalam setiap nafas kewujudan.
Apalah sangat menunggumu seribu tahun. Kerna seribu tahun itu hanya sehari di neraka kelak.
Sang Puteri Ledang itu adalah cita cita tetapi berubah menjadi angan angan dalam jaga. Apa itu cinta? Aku melepaskan mahkota sang puteri untuk membuktikan cinta ku kepada SANG PUTERI?
No comments:
Post a Comment