Friday, October 23, 2026

Selebriti dan influencer

Seorang perempuan bertanya kepada Ustazah Selebriti tentang hukum seorang influencer yang menanggalkan tudung.

Maka ustazah itu jawab dengan nada sinis, 

"we don't pass judgement on people. In fact we should understand what they went through and make dakwah to them".

Kemudian seorang lelaki tinggi yang berkulit gelap, mempunyai misai di atas bibirnya memanahkan soalan.

"Apa hukum berkerje bermain musik di pub?"

Ustazah itu sekali lagi menekankan bahwa kite tidak seharusnya berfikiran menghukum, a.k.a judgemental. Sebaliknya, kita harus sibuk membersihkan jiwa dan hati agar tidak berpersangka buruk pada orang lain.

Tetapi ustazah itu tidak mengetahui, lelaki berkulit hitam itu sebernanya seorang ahli musik yang bermain di pub. Dillema beliau adakah soal gaji halal atau haram. 

Beberapa hari kemudian, lelaki hitam itu bertanya kepada seorang influencer agama di tiktok. 

Influencer agama tersebut memberi jawapan straight to the point, haram!!! Siap beri dalil dari quran dan hadis.

Settled. Tiada madah berhelah.

Kata influencer agama,

"Agama ini milik semua, anyone can speak about religion. It's not exclusive only for the asatizah. It's inclusive for everyone"

Kata influencer agama itu lagi,

"Everyone can do dakwah. Share what you know".

Siap nukil hadis lagi "Adinnul Nasehah" iaitu "agama itu nasihat"

Entah bagaimanalah beliau menafsirkan kalimah "Ad din" dan "Nasehah".

Rosak.

Beberapa hari kemudian, di dalam sebuah masjid. Lelaki kulit gelap itu ke tandas masjid untuk melepaskan hajat.  Setibanya di tandas, lelaki kulit hitam itu terserempak dengan ustazah selebriti. 

Tiba-tiba ustazah selebriti itu menikam dada lelaki hitam itu dengan pisau. 

"Ahhh..."

Rupanye mimpi. 

Lelaki hitam itu tersedar dari tidor. Beliau merenung sejenak. Apa takwil mimpi ini?

Yelah, mimpikan berbentuk simbolik dan metaphor.

Bila tanye Gemini atau Chatgpt, tkde pulak data takwil mimpi Ustazah Selebriti atau Influencer Agama. 

Kalau belik kitab tafsir mimpi ibn sirin.  Manakan nk jumpe kalimah Selebriti dan Influencer.

Kompius.