Saturday, July 6, 2024

Malaria

Seorang Doktor bernama Atiqah berkata, "awak dijangkiti Malaria" 

Atiqah
Nama tu ada berkait dengan perkataan antique (عتيق), bermaksud ancient atau tua? Juga nama Kaabah yang juga dipanggil Baytul 'Atiq (The Ancient House)?  Juga gelaran Abu Bakar yang digelar Al Atiq (terbebas), yakni terbebas dari api neraka.  

Aku tertanya sejenak, adakah Doktor yang berada di hadapan aku, memilkul makna makna Atiq dalam diri beliau? Hingga beliau dipangkatkan sebagai Doktor (learned person) dengan berkat nama Atiqah(feminine).

Ala kulli hal, Dr Atiqah berada di depan aku sebagai seorang yang lebih tahu tentang penyakit dihadapi aku...

"Awak dijangkiti Malaria'

Malaria bermaksud "bad air". Angin kotor, atau hawa kotor.

Mal-Ariya (مال عرى)???
Mal maksud harta atau kekayaan dalam bahasa arab, dan Ariya bermaksud bogel. Harta Bogel? Kekayaan Bogel? Agak paradox bunyi. 

Mal (مال)
Mal juga boleh bermaksud kecendurungan. Kecendurungan pada bogel(hakikat diri)? Ilmu makrifat? 

Mal juga terkait dengan perkataan Millah. Millah Nabi Ibrahim.  Millah tidak sama seperti Din, walaupun dua dua perkataan boleh translate sebagai agama. Sebab Allah tidak berfirman Millah-Islam tetapi Dinnul Islam. Dan Din lebih sempurna dan complete. 

Ariya. (عرى)
Naked. Naked Truth ke?  Sebab benda yang bogel adalah benda yang sangat jelas. Tiada lapik lapik. Tiada hijab. Ilham? Ilmu ladunni? 

"Encik!!!". Suara Doktor Atiqah menyedarkan aku dari lamunan. 

"Ye Doktor", aku membalas.

Awak dijangkiti Malaria.

Sunday, June 16, 2024

Mengorban Terkorban

Wahai Puteri Ledang, 
Seperti Ibrahim mengorban Ismael
Aku juga mengorbankan cita dan angan
Seperti Ismael yang terkorban dikorban
Aku juga terkorban dikorban tinggalkan angan

Itu semua demi istikharah
Kerna yaqin Allah lebih mengetahui
Walau disuruh memasuki mulut neraka
Kerna Allah bersama lebih indah dari syurga

Saturday, June 15, 2024

Aku adalah Permaisuri Ledang

Aku adalah Permaisuri 
Nyaksi dia jatuh ke bumi
berzina dan asmara suami
suami milik wanita gelar isteri 

Dia berada di tempat adami
Jatuh menjadi Khalifah Illahi
Aku di tinggi seperti tempat illahi
Bulatan akan pulang ke mula kembali

Wednesday, May 1, 2024

Waktu demi waktu berlalu

Waktu demi waktu berlalu
Aku mula menolak dirimu
Namun ingin juga bertemu
Pergi dan Pulang jadi satu

Penolakan aku bukan membenci
Tapi cinta dalam bentuk yang kini
Bukan asyik yang dulu gelora di hati
Seperti air yang ingin bertemukan api

Dari resam usmani ke tulisan jawi
Puncak Uhud ke Ledang yang tinggi
Hidup mengharungi badai mafhum diri
Bayangnya Tuhan tapi jasadnya Pemaisuri

Saturday, January 20, 2024

Antara Khadijah dan Layla

Wahai Sang Puteri.

Antara Sayyidina Khadijah dan Layla, duduk lah aku menceduk pengalaman. Kerana di hujung cerita, mikhrajlah sang pencinta menghadap Sang Pencinta.


Thursday, December 28, 2023

Engkau adalah cawan

Engkau adalah cawan
Tempat aku menyalurkan madah cinta

Cawan ini bukan aku yang memilih
Tapi dihulurkan oleh Sang Puteri

Saturday, November 4, 2023

Wahai Puteri Ledang

Wahai Puteri Ledang, 
Kenapa puan menolak pinangan Sultan?
Mengapa payah dalam syarat pinangan?
Adakah Sultan itu makhluk Syaithan?
Diam di singgasana penuh pennghinaan? 

Wahai Puteri Ledang,
Diri ini tidak lebih mulia dari Nabi utusan
Tidak seperti Nuh tika bumi saluti lautan
Atau seperti Luth tika batu menjadi hujan
Mereka terpaksa lurus dan istri ditinggalkan

Wahai Puteri Ledang, 
Patik mohon tinggalkan sifat kesombongan
Kerna Puan dengan Sultan tiada perbezaan
Berjalan kami semua di atas titian suratan
Tidak lah terlepas dari tulisan Tuhan. 

Wahai Puteri Ledang, 
Patik pohon puteri terima pinangan Sultan
Berdiam di Istana Melaka sebagai teman
Seperti kisah Asiah di dalam sejarah insan
Pengasuh hebat kepada bayi di mandian