Tuesday, November 1, 2022

Batu

(Verse)
Kau pergi dengan satu janji
Untuk pulang bertemuku
Namunku tunggu walau waktu berlalu

(Verse)
Lima tahun berlalu
Kau pergi mana ku tahu
Apa kau fikir aku ini statue

(Chorus)
Ku tunggu macam batu
Apa kau fikir ku hantu
Hilang ke sana sini
Untuk bertemu dengan mu

Waktu pun berlalu
Ku lupakan dirimu dari ingatanku
Aku telah melupakanmu

(Repeat Chorus)

(Reff)
Kau pulang kembali
Aku sudah berpunya
Nampaknya aku mungkiri janjiku pula

Janji ku kepadamu 
lima tahun yang berlalu
Aku telah melupakanmu

(Chorus)
Ku tunggu macam batu
Apa kau fikir ku hantu
Hilang ke sana sini
Untuk bertemu dengan mu

Waktu pun berlalu
Ku lupakan dirimu dari ingatanku
Aku telah melupakanmu

Tuesday, October 11, 2022

Mati sebelum mati

Aku adalah jenazah yang dimandikan oleh Sang Puteri. Sebelum aku menerima tugasan ini, aku harus matikan diriku. 

"Matikan nafsuku, maruahku, identity aku."

Barulah mudah untuk aku melaksanakan tugasan ini. 

Thursday, September 1, 2022

Dikau berhak membakarnya di neraka

Sang Puteri Gunung Ledang berkata ketika bersendiri.

"Dikau berhak membakarnya di neraka."
"Atau menikmati kurniamu di syurga."
"Sungguh tubuh ini milik dikau jua."
"Mana mungkin ia punya Si Tiada."

Thursday, February 3, 2022

Di Gunung Ledang itulah aku mengaji

Di Gunung Ledang itulah aku mengaji
Setiap selok belok daging namanya hati
Dengan menyarung pakaian Si Andalusi
Aku memahami setiap tarian bicara rumi

Gunung Ledang yang sering aku mendaki
Mencari cari kesan jalan dan telapak kaki
Tetapi itu semua bagaikan sebuah mimpi
Yang dilupakan ketika sedar dari tidur ini

Ke manakah tunggu yang selalu aku rindu
Siapakah engkau yang aku puja dahulu
Ku buang intan dan permata untukmu
Bakar sudah coretan puisi cinta buatmu

Pada setiap malam aku terbang tinggi
Bertemu di Zuhrah wajahnya mentari
Kemudian aku bernazar sebuah janji
Berpisahnya kami tiada walaupun mati

Dikau wahai Puteri Ledang adalah Layla
Dan aku adalah Qais yang berlurus gila
Tetapi kesudahannya Qais bergila tiada
Layla pula bagaikan aksi sandiwara saja

Kini Gunung Ledang berdiri teguh setia
Dikisah tulisan tahayul kononnya sejarah
Dahulunya turun naik ke fana dan baqa
Kini ditanggalkan pakaian sufi tanah jawa

Yang tahu hanyalah sedikit juga
Yang faham hanya yang minat saja
Yang berjalan mungkin mika ini gila
Yang sampai adalah depa yang tiba

Thursday, January 21, 2021

si jahil tu berpura pura

si jahil tu berpura pura
apabila dirinya ditanya 
beliau teriak "aku inginkan Dia"

ketika datang pula hang tuah
dengan malu beliau bernada
"keinginan aku adalah keinginan Dia.

Saturday, August 1, 2020

Pengorbanan

Aku menarik nafas panjang.

"Bismillahi tawakkaltu ala Allah"

Bagaimanakah caranya untuk aku menikahi Saleha? Aku merasakan bagaikan langit ingin sahaja runtuh untuk menghempap dadaku. Terlalu banyak sangat pertanda yang hadir agar aku menikahi Saleha. Adakah ini suatu pengorbanan yang harus dipersembahkan kepada Tuhan?


Dada aku terasa sempit, setiap kali aku menghadap isteriku. Bagaikan tiada lagi harum pada bunga mawar, tiada lagi "chemistry" dalam perkahwinan. Namun, aku tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai suami. Memberikan nafkah zahir dan batin, mendidik anak anak. Aku cuba mempertahankan institusi keluarga "bahagia".


"Ustaz, termenung jauh tu...Rindu anak isteri ke?"


Rantaian fikiran aku dicelah oleh seorang pegawai haji dari Syarikat Aura Haji and Umrah services.


"Biasalah, siapa tak rindu keluarga kan. Cuma amanah sebagai mutawif Haji ini harus diteruskan. Buat kerje agama ini perlukan banyak pengorbanan", aku membalas. 


Aku merenung kembali ke arah kaabah. Bertapa munafiknya diri aku ini. Pakaian "Ustaz" yang aku sarungkan telah memakan diriku. Aku bagaikan hilang diriku sendiri. Ruh dan Jasad aku bagaikan bercerai, ibarat akal ingin pertahankan maruah dan "pangkat" sebagai seorang agamawan yang dihormati ramai tetapi hati ingin sahaja meleburkan segala pakaian dunya yang menyepiti dada.


Aku menunaikan solat istikharah buat kali terakhir, agar diberikan keyakinan dan ketetapan hati. 

"Ya Allah, sekiranya menikahi Saleha ini baik, maka permudahkanlah. Tetapi jika ia sesuatu yang tidak baik, maka jauhkan lah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib(masa yang akan datang)." 

Tiba tiba berlalu seorang lelaki tua berteriak kepada anaknya di hadapan aku, 

"Perkara yang baik tidak patut dilambat lambat kan!!!" 


Teriakkan lelaki tua itu bagaikan menjawab persoalan yang berlinggar di hatiku. Ia bagaikan memberi ketetapan hati agar aku bersegera bernikah dengan Saleha.Tetapi beberapa soalan yang dibangkitkan oleh akal fikiranku. 


Apakah patut aku nikahi secara rahsia demi mempertahankan maruah diriku dan maruah Saleha? Haruskah aku mencarik "loopholes" dalam hukum Shariah Islam agar dapat aku nikahi tanpa pengetahuan isteri dan keluarga aku? Kuatkah diriku ini untuk melayan wartawan wartawan ala mak cik bawang sekiranya pernikahan aku bersama Saleha diketahui?

Sekiranya aku nikahi, bagaimana pula dengan nafkah anak dan isteriku? 

Patutkah aku menceraikan isteriku sekiranya aku gagal memberikan nafkah yang mencukupi? 

Bagaimana pula jika isteri aku tidak redha dengan pernikahan aku dan Saleha? 

Patutkah aku menceraikannya, dengan kemungkinan isteri aku akan mendapat suami yang lebih baik dari aku? 

Aku menarik nafas panjang.

"Bismillahi tawakkaltu ala Allah"

Wednesday, June 3, 2020

Adi Putera

Hang Kasturi datang menghadap aku. Dia bermohon agar diberikan ijazah sebagai Sang Guru. Kononnya beliau sudah melalui tingkatan-tingkatan nafsu.

Berkata Kasturi, "Wahai Tuan Guru, hamba ingin melangkah setapak satu."

Aku menolak permintaan itu. Walaupun beliau pandai bertumbuk dan bersiku, tetapi memberi tunjuk beliau tidak mampu.

Berkata Kasturi, "Wahai Guru, aku telah melalui tingkatan nafsu. Aku juga mampu bicara SATU."

Aku kemudian bertitah di dalam kertas,

"Aku, Adi Putera menurunkan idzin kepada Hang Kasturi ijazah silat SAHAJA"

Hang Kasturi berasa gembira, sehelai kertas mengaburi segala. Sedangkan ijazah ini adalah isyarat bahawa beliau tidak akan menerima ijazah sebagai Sang Guru.