Thursday, January 21, 2021

si jahil tu berpura pura

si jahil tu berpura pura
apabila dirinya ditanya 
beliau teriak "aku inginkan Dia"

ketika datang pula hang tuah
dengan malu beliau bernada
"keinginan aku adalah keinginan Dia.

Saturday, August 1, 2020

Pengorbanan

Aku menarik nafas panjang.

"Bismillahi tawakkaltu ala Allah"

Bagaimanakah caranya untuk aku menikahi Saleha? Aku merasakan bagaikan langit ingin sahaja runtuh untuk menghempap dadaku. Terlalu banyak sangat pertanda yang hadir agar aku menikahi Saleha. Adakah ini suatu pengorbanan yang harus dipersembahkan kepada Tuhan?


Dada aku terasa sempit, setiap kali aku menghadap isteriku. Bagaikan tiada lagi harum pada bunga mawar, tiada lagi "chemistry" dalam perkahwinan. Namun, aku tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai suami. Memberikan nafkah zahir dan batin, mendidik anak anak. Aku cuba mempertahankan institusi keluarga "bahagia".


"Ustaz, termenung jauh tu...Rindu anak isteri ke?"


Rantaian fikiran aku dicelah oleh seorang pegawai haji dari Syarikat Aura Haji and Umrah services.


"Biasalah, siapa tak rindu keluarga kan. Cuma amanah sebagai mutawif Haji ini harus diteruskan. Buat kerje agama ini perlukan banyak pengorbanan", aku membalas. 


Aku merenung kembali ke arah kaabah. Bertapa munafiknya diri aku ini. Pakaian "Ustaz" yang aku sarungkan telah memakan diriku. Aku bagaikan hilang diriku sendiri. Ruh dan Jasad aku bagaikan bercerai, ibarat akal ingin pertahankan maruah dan "pangkat" sebagai seorang agamawan yang dihormati ramai tetapi hati ingin sahaja meleburkan segala pakaian dunya yang menyepiti dada.


Aku menunaikan solat istikharah buat kali terakhir, agar diberikan keyakinan dan ketetapan hati. 

"Ya Allah, sekiranya menikahi Saleha ini baik, maka permudahkanlah. Tetapi jika ia sesuatu yang tidak baik, maka jauhkan lah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib(masa yang akan datang)." 

Tiba tiba berlalu seorang lelaki tua berteriak kepada anaknya di hadapan aku, 

"Perkara yang baik tidak patut dilambat lambat kan!!!" 


Teriakkan lelaki tua itu bagaikan menjawab persoalan yang berlinggar di hatiku. Ia bagaikan memberi ketetapan hati agar aku bersegera bernikah dengan Saleha.Tetapi beberapa soalan yang dibangkitkan oleh akal fikiranku. 


Apakah patut aku nikahi secara rahsia demi mempertahankan maruah diriku dan maruah Saleha? Haruskah aku mencarik "loopholes" dalam hukum Shariah Islam agar dapat aku nikahi tanpa pengetahuan isteri dan keluarga aku? Kuatkah diriku ini untuk melayan wartawan wartawan ala mak cik bawang sekiranya pernikahan aku bersama Saleha diketahui?

Sekiranya aku nikahi, bagaimana pula dengan nafkah anak dan isteriku? 

Patutkah aku menceraikan isteriku sekiranya aku gagal memberikan nafkah yang mencukupi? 

Bagaimana pula jika isteri aku tidak redha dengan pernikahan aku dan Saleha? 

Patutkah aku menceraikannya, dengan kemungkinan isteri aku akan mendapat suami yang lebih baik dari aku? 

Aku menarik nafas panjang.

"Bismillahi tawakkaltu ala Allah"

Wednesday, June 3, 2020

Adi Putera

Hang Kasturi datang menghadap aku. Dia bermohon agar diberikan ijazah sebagai Sang Guru. Kononnya beliau sudah melalui tingkatan-tingkatan nafsu.

Berkata Kasturi, "Wahai Tuan Guru, hamba ingin melangkah setapak satu."

Aku menolak permintaan itu. Walaupun beliau pandai bertumbuk dan bersiku, tetapi memberi tunjuk beliau tidak mampu.

Berkata Kasturi, "Wahai Guru, aku telah melalui tingkatan nafsu. Aku juga mampu bicara SATU."

Aku kemudian bertitah di dalam kertas,

"Aku, Adi Putera menurunkan idzin kepada Hang Kasturi ijazah silat SAHAJA"

Hang Kasturi berasa gembira, sehelai kertas mengaburi segala. Sedangkan ijazah ini adalah isyarat bahawa beliau tidak akan menerima ijazah sebagai Sang Guru. 

Saturday, February 15, 2020

Kerna ikhlas ini Tuah naik tangga

Kerna ikhlas ini Tuah naik tangga
Kerna ikhlas juga Tuah jatuh pula

Ambil lah sebagai pelajaran bersama
Atas keikhlasan yang ada di dalam dada

Andai ke tali gantung sebagai hukuman
Tuah menerima nya dengan keikhlasan

Friday, February 14, 2020

Hang Tuah lari dari Istana

Hang Tuah lari dari Istana
Ke arah hutan dia ke sana
Buang pakaian khas diraja
"Aku ingin jadi rakyat biasa"

Aku mengejar Tuah perkasa
Ke hutan sana aku pula terpaksa
Demi memujuk Laksmana diraja
"wahai Tuah pulang lah ke istana"

Hang Tuah menjawab
"Usah engkau datang kemari"
"Aku tak akan jejak istana lagi"
"Aku bukan lagi anak sang sufi"
"Aku ahli zina sangatlah dibenci"

Aku menjawab
"Wahai Tuah yang dicari"
"Ramai menafi akan amal ini"
"Hingga jasad bermati tikam diri" 
"Demi menjaga silsilah ahlul sufi"

Hang Tuah menjawab
"Apa lagi engkau buat disini" 
"Engkau tahu kenyataan ini"
"Aku merogol dayang puteri"
"Untuk mengaku tidak sekali"

Aku menjawab
"Engkau adalah guru ahli sufi"
"Tempat rujukan mawar rohani" 
"Engkau berlari bukan ditakuti"
"Tetapi malu atas diri sendiri"

"Soal hati ini soal illahi"
"bermain antara dua jari"
"mungkin ramai akan pergi"
"yang setia hanya sorang diri"

"Yang maksum hanya pra Nabi"
"Kita pula hanya  sekadar wali"
"Tugas kita sebagai warisan Nabi"
"Bukan penentu takdir sejak azali"

"Si jahil merancang waktu sehari"
"Kita pula membaca makrifat illahi"
"Mari lah pulang menghadap hidup ini"
"Agama ini Tuhan yang akan menjagai"

Saturday, November 2, 2019

Ahlul Hikmah

Nasehat aku bagaikan melepaskan batok di tangga, masok telinga kanan keluar telinga kiri. Kerana nasehat aku tidak sehaluan dengan pendirian Raja itu.

Nama aku Muhammad Idzhar Bin Ismail. Sudah lama aku ingin menjadi seorang Ahli Hikmah. Ada orang kata Ahli Hikmah ini adalah bomoh atau dukun. Tetapi kami sebenarnya adalah lebih tinggi dari itu. Kerana kami ini adalah asas kepada ilmu sihir dan juga adalah asas kepada ilmu kumpulan Freemanson atau Illuminati yang telah memanfaatkan ilmu hikmah dengan betul dan bukan seperti pawang pawang, bomoh bomoh ataupun guru guru silat dan tukang ruqyah yang menghadkan ilmu hikmah hanya untuk perubatan (ilmu putih) dan ilmu sihir (ilmu hitam).

Dalam sejarah, Ahli Hikmah ini tidak akan berfungsi secara terang-terangan di hadapan masyarakat. Biasanya kami adalah golongan yang dicari oleh raja raja terdahulu untuk meminta nasehat, menelik nasib mahupun menguasai dunia. Di barat pula, Ahli Hikmah digelar the "Wiseman", tetapi panggilan the "Wiseman" ini telah dicuri maknanya oleh golongan golongan Mafia yang kononnya berfungsi secara gelap dan tidak diketahui ramai. Dengan itu kalimah "Wiseman" tidak lagi disynonymkan dengan golongan Ahli Hikmah. Dan Ahli Hikmah beralih kepada nama nama lain seperti Illuminati, freemanson dan nama nama misteri yang lain.

Sejak umur aku tujuh tahun, aku sangat meminati kepada benda benda ghaib, dan ingin lebih mengetahui mendalam tentangnya. Kemudian apabila di sekolah menengah, aku bercampur dengan rakan rakan yang mengikut aliran musik Black Metal. Ada beberapa kali jugak aku mengikuti upacara upacara mereka seperti minum darah kambing, memuja Lucifer, Syaithan dan sebagainya. Akan tetapi mereka hanyalah "poser". Aku yaqin seandainya mereka terjumpa hantu, pasti mereka akan berlari terkencing kencing. Upacara yang hanya membuang masa.

Kemudian aku beralih kepada ideology hippies, yang mampu membawa kita transcend ke alam lain. Dengan menghisap ganja, kita dapat masok kepada "alam spirit". Tetapi pada aku itu semua adalah bentuk khayalan. Lebih kepada relaxation exercises.

Hidup aku berubah apabila pada suatu hari, ketika aku ingin pulang ke rumah dari sekolah, ada seorang mak cik tua yang tidak berwajah menghapiri aku. Beliau menghulurkan kepada aku sebuah kitab yang berjudul Pati Rahsia. Aku pun mengambilnya. Kemudian beliau berbisik ke telingaku, "engkau jangan sibuk ikut kawan kawan kau, mereka itu semua hamba yang bodoh tetapi engkau adalah raja yang bijak. Ambillah kitab ini, ia hanyalah alat tetapi semuanya adalah atas kudrat illahi". Aku tergamam seketika, terpaku aku dibuatnya bagaikan dipukau. Selepas itu mak cik tua langsung pergi dan hilang bergitu sahaja.

Pada setiap hari aku membelik kitab Pati Rahsia dan cuba mengamalkan amalannya. Nescaya Mujarab!!! Aku dapat mengenal nama nama khadam dan sifatnya, menelek nasib dan perubatan. Aku juga dapat berbicara dengan makhkuk Jinn yang berbagai rupa dan suku. Aku berasa sangat puas hati!!!

Daripada kitab Pati Rahsia, aku cuba mengembangkan pengatahuanku. Aku mula memiliki kitab Tajul Mulk yang ditulis dalam bahasa jawi. Selepas kitab Tajul Mulk aku mula belajar bahasa arab. Kerana untuk mengembangkan ilmu aku, perlunya memahami bahasa arab. Selepas aku dapat memahami bahasa arab, aku mula membaca kitab Syamsul Maarif (The Sun of Gnosis) dan Ghayatul Hakim(The Aim of the Wise).

Selepas aku telah khatam kitab kitab tersebut, aku di jemput untuk menjadi salah seorang murid dalam majlis Ahli Ahli Hikmah. Aku bertanya bagaimana ahli hikmah boleh dapat terjumpa diriku. Beliau berkata bahawa alam ini semua terkait. Maka sebenarnya sangat senang untuk terjumpa. 

Aku berasa sangat besar hati. Selebihnya sebagai murid, seandainya salah seorang Ahli Hikmah meninggal dunia atau mati, maka aku akan menggantikan tempatnya.

Pada tarikh 23 March 2015. Salah seorang Ahli Hikmah yang berbangsa Cina meninggal dunia. Hujan membasahi bumi, kononnya dunia turut bersedih akan kematiannnya. Tetapi secara hakikatnya, hujan itu rahmat. Dan rahmat itu turun setelah kematiannnya.

Sebenarnya kematian beliau telah awal direncanakan oleh majlis Ahli Hikmah. Ini kerana beliau tidak meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya. Dalam erti kata lain, beliau tidak berlaku hikmah dan adil. Maka Majlis Ahli Hikmah berijtihad bahawa beliau harus dimatikan. 

Aku pula dikedepankan untuk menjadi pengganti tempat yang kosong itu. Aku berasa sangat gembira, kerana sudah tiba masanya untuk aku menasehati Raja yang mempunyai banyak kelemahan. Beliau bagaikan hilang arah dan tidak mampu mengarap keadaan politik semasa. 

Kesilapan beliau yang utama adalah Cinta. Beliau menyayangi diri orang lain seperti menyayangi dirinya sendiri. Itu kesilapan yang menjatuhkan kedaulatan Kerajaan empire China!!! Sepatutnya beliau menyayangi tanpa had dan batas. Beliau tidak boleh menghadkan cinta itu pada diri sendiri. Untuk menjadi "the sage king", maka wajib mengikuti Insan Kamil yang cintanya tidak terhad pada apa apa.

Pada tanggal 9 August 2019, aku memberi nasehat pertama aku kepada Raja itu, "seandainya engkau mahu kota Singa ini berkembang lebih daripada sekadar a little red dot, buanglah kepercayaan nenek moyang kamu yang berasal dari Cina. Dan gantilah dengan ilmu" geomancy" kami."

Tetapi nasehat aku bagaikan melepaskan batok di tangga, masok telinga kanan keluar telinga kiri. Kerana nasehat aku tidak sehaluan dengan pendirian Raja itu.

Monday, October 28, 2019

Si Ghafuraa nama negeri anak watan

Si Ghafuraa nama negeri anak watan
Tempat Sang Utama mendapat ampunan
Kemudian darinya beliau mendapat kejayaan
Bergitu juga encik Lee bila dibuang kerajaan

Tamasuka pula nama sebelumnya
Diambil dari perkataan arab asalnya
Temasek Holding pula ambil berkatnya
Agar teros maju hingga lah ke akhirnya

Sebelas Rabiulakhir pula tarikh keramat
Kerana di situ terdapat dua penamat
Yang awal antara penjajah dan "pengkhianat"
Dan kedua antara republik dan kerajaan pusat