Sunday, April 1, 2018

aku tiba di kaki gunung ini

aku tiba di kaki gunung ini
di atas menetap seorang puteri
puteri gunung ledang yang tinggi
tiba tiba seorang nenek meneguri

Wahai anak,
adakah anak ingin mendaki
nenek pun juga ingin menaiki
marilah kita mendaki gunung ini
jangan kita mendaki seorang diri

aku pun mendaki bersama nenek ini
setibanya masuk waktu solat zohori
aku bentang sejadah menghadap illahi
tapi nenek menegur bahkan dia memarahi

Wahai anak,
kenapa kau terburu-buru
solat nanti di lain waktu
masih lagi di awal waktu
kau sembah amal atau tuhanmu?

lalu aku berhenti dan terus mendaki
setelah penat aku naik dan mendaki
aku rehat seketika hilang penat ini
tapi nenek menegur bahkan marahi

Wahai anak,
cepat tunaikan solat zohori
penat kau boleh tunggu nanti
adakah masih anak kecil lagi
kau sembah khusyuk atau illahi?

lalu aku bangun dan berdiri
menunaikan solat zohor ini
sangat pedas kata nenek tadi
menusuk ke dalam hati qalbu ini

Tuesday, December 26, 2017

Tuan Puteri nyeru menghadapi

Tuan Puteri nyeru menghadapi
Khabar 'tuk sampai hajat di hati
Tibalah aku di dewan yang berseri
"Menjunjung perintah Tuan Puteri"

Wahai anak muridku,
"Usia dikau sudah pun lewati"
"Tiba masa kau bergelar suami"
"Di lorong pasar ada pelacur diri"
"Nikahilah atas nama tuan Puteri"

Dengan qalbi yang berat aku pergi
Apakah hikmah disebalik perintah ini
Aku bergegas ke lorong pasar nan sepi
Apabila terlihat perlacur itu aku nyapai

Wahai Puan,
"Hadirku bukan untuk nikmati"
"Atau pula memohon simpati"
"Pada Tuan Puteri aku menyayangi"
"Titah nikahi kau walau aku benci"

Air mata pelacur itu mula tangisi
Kelihatan cahaya di paras wajah sepi
Tiba tiba kelihatan sepeerti bidadari
Lalu dia membalas kata kata ku tadi

Wahai Tuan,
"Dulu aku diperintah Tuan Puteri"
"Untuk pergi ke lorong pasar ini"
"Disuruh aku pergi menjual diri"
"Untuk beri khidmat setiap lelaki"

"Kalau betul kau menyayangi Putri"
"Kenapa engkau harus merasa disakiti"
"Bukan kah ia itu suratan Tuan Puteri"
"Setelah kesusahan kesenangan susuri"

Friday, March 31, 2017

Telunjuk Puteri

Agar aku belajar untuk memaafi
Dikawini pula dengan orang menyakiti

Agar aku belajar erti mencintai 
Dikawini pula dengan orang aku benci

Andai ikut hukum akal
Sudah lama dia akan aku tinggal

Tapi kerna ikut telunjuk Puteri
Aku bergerak menjadi Sufi


Friday, March 24, 2017

Dewan dewa ian dewi

aku melangkah bersama putri
ke dalam dewan dewa ian dewi
wajah wajah mereka bersih suci
bahasa mereka bahasa surgawi

setiap apa yang berlaku di bumi
sebelum itu sudah mereka netapi
siapa hidup siapa pula akan mati
sepeertikan kisah dongeng yunani

turut hadir adalah roh yang pergi
tanpa badan tiadalah bayang gini
urusan bumi tiadalah roh campuri
urusan bumi untuk mereka badani

izinkan aku berhenti di sini
yang lain tidak aku ketahui
urusan ini bukan urasan kami
urusan kami hanya betulkan diri




Tuesday, January 10, 2017

Puteri dan Pandir

Kata Sang Puteri
"Bersihkan labu hatimu"
"Dan terimalah ilmu yang baru"

Jawab Pak Pandir
"Tidak wahai Sang Puteri"
"Kerana sudah berabad aku mengaji"

Akhirnya Pak Pandir terjun dengan labu-labunya.

Friday, December 30, 2016

Kampung hamba bernama husaini

Wahai Sang Puteri,
Kampung hamba bernama husaini
Penghulu hamba bernama hasani
Bolehkah Sang Puteri bantu tunjuki
Pilihan mana yang paling menepati
Wahai anak muda,
Negeri Johor disebelah utara
Negeri kamu disebelah bawa
Yang dipilih tak pernah kamu jumpa
Mampukah kamu jalan bersamanya?
Wahai Sang Puteri,
Ibu Ayah tak pernah menemui
Ruh ditiup anak pula menyusuri
Kalau begitu sila puan menasehati
Agar hati ini bisa pula memahami
Wahai anak muda,
Bonda wajib engkau cintai
Terlapak kaki terletak surgawi
Cintai lah dgn sepenuh hati
Titah suratan kasihnya illahi

Friday, October 21, 2016

Mansur Shah termenung lama

Mansur Shah termenung lama
Ingin dibunuh tengku mahkota
Tapi berat hati jatuh air mata
Anak sultan seri dewan istana
Lalu Mansur Shah menyeru
Diserunye penasehat istana
Semoga diri tidak lagi keliru
Oleh kemelut sebuah Cinta
Mansur tanya pada Tuah,
"Patutkah dibunuh beta"
"Itu tengku mahkota melaka"
"Hanya kerana sebuah cinta"
"Musibah apa ditimpa beta?"
Tuah menjawab soalan Sultan,
"Cinta itu adalah pengorbanan"
"Sepeerti Ibrahim bila tertekan"
"Saat datang mimpi dari tuhan"
"Ismail diganti pula dengan haiwan"
Lalu Tun Mamat menyampuk,
"Kisah Ibrahim itu pengorbanan"
"Itu datang daripada kisah Al Quran"
"Tapi Putri datang dari sebuah bisikan"
"Mungkin sahaja ia bisikan syaitan"